ARTIKEL

Bintulu singkirkan ATM, mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Juara bertahan Bintulu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan ATM dengan agregat 1-0 meskipun terikat seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir kedua di Padang Sintetik BDA, petang tadi.

Juara bertahan itu memperoleh kelebihan menerusi kemenangan tipis 1-0 pada aksi suku akhir pertama di Padang Perumahan, Petra Jaya pada 10 Oktober lalu.

Ketua jurulatih Bintulu, Farhan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Anai Igang berkata, kejayaan itu hasil kerja keras semua pemain serta sokongan penyokong dan pihak pengurusan.

“Terima kasih kepada pemain, penyokong dan pihak pengurusan. Kejayaan Bintulu mara ke separuh akhir ini berkat kerja keras semua pemain,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Bagaimanapun, Farhan mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya pada perlawanan tersebut kerana mereka beraksi di bawah kemampuan sebenar.

Menurutnya, pemain terlalu memberi ruang kepada lawan sehingga gawang Bintulu hampir dibolosi.

Beliau berkata, kelemahan itu perlu diperbaiki segera bagi mengelakkan masalah sama berulang pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU