ARTIKEL

Food Bank Siswa UiTM Mukah bantu ringankan beban pelajar B40

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Ihsan Food Bank Siswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Mukah diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) menerusi sumbangan barangan makanan dan keperluan kebersihan diri.

Sumbangan daripada rakan strategik program, K&F Freshmart Sdn. Bhd., disampaikan wakil syarikat itu, Lai Eng Phay, di ruang legar Bangunan Pentadbiran Setiaraja 1, UiTM Mukah, baru-baru ini.

Menurut Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Mukah, inisiatif itu bertujuan membantu pelajar memenuhi keperluan asas sepanjang pengajian, sekali gus mengurangkan tekanan perbelanjaan harian yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap pembelajaran.

Sumbangan berkenaan diharap membolehkan pelajar yang memerlukan memberikan tumpuan kepada pengajian dan berusaha mencapai kecemerlangan akademik.

Program itu turut dihadiri Penasihat Gerakan Pengguna Siswa, Ariff Azizi; wakil pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Abdul Rahman; serta pelajar Kelab Gerakan Pengguna Siswa.

KPDN Cawangan Mukah pula diwakili Ketua Unit Kepenggunaan, Norshahida, bersama Nur Iqmal, Mohammad Danial dan Ivy, yang mewakili Penyelaras Program Ihsan Food Bank.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU