Trending

ART berlepas dari China ke Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Transit Aliran Autonomi (ART) untuk projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) akan tiba di sini tidak lama lagi susulan kenderaan itu telah meninggalkan tapak pengeluarannya di Zhuzhou, Hunan, China Tengah Jumaat lalu. 

Memetik akhbar China News, ART berkuasa hidrogen itu telah bersedia untuk dihantar ke Malaysia seterusnya ke Sarawak sekali gus menandakan penghantaran pertama ART buatan China ke Asia Tenggara.

Kenderaan itu yang dibawa dari China, akan menjalani latihan kejuru teraan selama dua bulan di Kuching Isthmus pada September dan Oktober sebagai persediaan untuk latihan pengesahan konsep (POC) tahap dua dijadualkan pada November ini.

Fasa 1 Projek KUTS membabitkan tiga laluan projek Transit Aliran Autonomi (ART) iaitu Laluan Biru dari Rembus ke Hikmah Exchange sepanjang 27.6 kilometer (km) yang dijangka mula beroperasi berperingkat-peringkat menjelang akhir suku keempat 2025.

Manakala, Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending sejauh 12.3 km dan Laluan Hijau dari Pending ke Damai Central sepanjang 30 km dijangka beroperasi sepenuhnya pada pertengahan suku ke-2 tahun 2027.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru