ARTIKEL

‘Arum Bulak’ harumkan nama Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching berjaya merangkul lima anugerah kategori Teater Muzikal di Anugerah Teater Malaysia 2023 melalui teater muzikal berjudul ‘Arum Bulak’.

Lima kategori yang berjaya dirangkul adalah Teater Muzikal Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Pengerusi Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching Taridi Mohamad berkata, pihaknya akan terus mengkaji potensi teater di negeri ini untuk dibawa ke peringkat yang lebih jauh lagi.

“Kita akan mengkaji strategi yang lebih berkesan lagi bagi mengembangkan industri teater di Sarawak ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebaik tiba dari Kuala Lumpur untuk menghadiri Malam Anugerah Teater 2023 yang berlangsung pada 7 Oktober lalu di Matic, Kuala Lumpur.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU