ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Hanifah merakam kenangan bersama tetamu lain pada Majlis Perasmian Penutupan Aktiviti Rangkaian Pusat Operasi Kecemasan ASEAN: Latihan Simulasi Rentas Sempadan Miri 2026 Peringkat Kebangsaan, hari ini.Oleh TVS

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan ketika kecemasan sebenar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, latihan akan datang perlu memasukkan elemen kejutan, termasuk senario individu berjangkit yang menunjukkan gejala lebih serius daripada jangkaan.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan agensi berkaitan bersedia menghadapi kecemasan di luar keadaan biasa.

“Tujuannya bukan untuk merumitkan simulasi, tetapi mempersiapkan kita menghadapi situasi sebenar yang tidak semestinya ideal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Aktiviti Rangkaian Pusat Operasi Kecemasan ASEAN: Latihan Simulasi Rentas Sempadan Miri 2026 Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah berkata, ancaman biologi boleh merebak dengan pantas dan menjejaskan pelbagai sektor, termasuk kesihatan awam, keselamatan negara, kesihatan haiwan, sekuriti makanan dan alam sekitar.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan memperkukuh sistem pengawasan kesihatan serta komunikasi antara agensi bagi memastikan perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan antara negara ASEAN berjalan lancar.

Beliau turut menekankan bahawa hasil penilaian latihan perlu dimanfaatkan untuk mengenal pasti kelemahan dan menambah baik keupayaan makmal, bekalan peralatan, sumber manusia serta sistem komunikasi.

Latihan dan penilaian berterusan penting bagi memastikan setiap agensi memahami peranan masing-masing serta mengetahui saluran komunikasi yang perlu digunakan ketika kecemasan.

“Kesediaan sebenar datang daripada latihan, penilaian dan penambahbaikan yang berterusan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU