ARTIKEL

Asfia (tiga kiri) dan Tengah (kanan) ketika menghadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke 262 di Istana Negara.

Asfia, Tengah hadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke 262

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Speaker DUN Tan Sri Awang Asfia Awang Nassar hadir Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke 262 yang diadakan di Istana Negara, mewakili Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau hadir turut diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, hari ini.

Majlis yang berlangsung selama dua hari sejak semalam (25 Okt) dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Sementara, mesyuarat kali terakhir diadakan pada 22 dan 23 Feb lalu, dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dijangka Raja-Raja Melayu dijadual untuk berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara Jumaat ini, bagi urusan memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Turut hadir Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Manakala, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Perlis diwakili Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU