ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB) Datin Norlia Madon | Foto TVS

ASSAR lancar unit bergerak, perluas capaian perkhidmatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSAR) melancarkan inisiatif terbaharunya, Pejabat Bergerak ASSAR, sebagai usaha untuk memperluas capaian perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif ASSAR, Datin Norlia Madon berkata pelancaran ini bertujuan untuk memastikan lebih ramai rakyat Sarawak, khususnya mereka yang berada di kawasan terpencil, dapat menikmati perkhidmatan kewangan dan perancangan yang lebih baik.

“Selain daripada pelancaran Pejabat Bergerak ASSAR, kami juga melaksanakan beberapa pelan lain.

Antaranya, kami akan membuka kaunter perkhidmatan sementara di UTC Sibu dan UTC Miri, hasil kerjasama dengan Servis Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Dividen ASSAR di sini, semalam.

Norlia turut menambah bahawa ASSAR sedang giat memperluas perkhidmatan digital, dengan memberi tumpuan kepada platform dalam talian untuk mendorong orang ramai melabur secara digital.

Inisiatif ini, menurut beliau, adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekatkan perkhidmatan kewangan kepada seluruh rakyat Sarawak.

“Kami juga akan terus mengadakan taklimat dan program kesedaran kewangan di pejabat-pejabat kerajaan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkenalkan ASSAR kepada lebih ramai penduduk Sarawak,” ujar beliau.

Norlia menegaskan bahawa tujuan utama ASSAR dalam melaksanakan pelbagai inisiatif ini adalah untuk mempromosikan celik kewangan, memastikan masyarakat lebih faham tentang pentingnya perancangan kewangan, serta membantu mereka dalam pengumpulan harta dan perancangan kewangan jangka panjang secara lebih sistematik.

Dengan langkah-langkah ini, ASSAR berharap dapat menyebarkan lebih banyak maklumat berkaitan kewangan dan memperkukuh kesedaran kewangan dalam kalangan masyarakat Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar. – TVS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat