ARTIKEL

Syed Hamzah ketika berucap pada majlis penutupan Seminar Kemudahan dan Integriti di Dewan Santapan, Astana Negeri Sarawak, di sini, semalam (28 Ogos). Foto: Astana Sarawak

Astana Sarawak Perkukuh Budaya Kerja Berintegriti, Berkualiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemahaman berkaitan kemudahan dalam perkhidmatan awam, pengurusan kewangan serta kepentingan nilai integriti terus diperkasa menerusi penganjuran Seminar Kemudahan dan Integriti oleh Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie berkata, penganjuran seminar seumpama ini merupakan salah satu pendekatan dalam memperkukuh kefahaman dan meningkatkan kecekapan warga Astana Sarawak dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rasmi.

“Saya berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, kompetensi dan kesedaran warga Astana Sarawak sekali gus memperkukuh budaya kerja yang berintegriti serta berkualiti dalam penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, hari ini.

Sekitar rakaman kenangan ketika Syed Hamzah menghadiri Seminar Kemudahan dan Integriti. Foto: Astana Sarawak

Terdahulu, seminar yang berlangsung di Dewan Santapan, Astana Negeri Sarawak itu juga disertai warga kerja Astana Sarawak serta menampilkan tiga modul utama yang disampaikan oleh panel jemputan daripada agensi berkaitan.

Antara pengisian modul pada siri seminar kali ini termasuklah Kemudahan dalam Perkhidmatan Awam Sarawak disampaikan oleh Pegawai Tadbir daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Dayang Rohaiza Abg Othman; Tuntutan Perjalanan, Kerja Lebih Masa dan Bayaran Balik oleh Penolong Akauntan Negeri daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Sharifah Rodziah Sayeed Aman Ghazali; serta Kepentingan Nilai Integriti disampaikan oleh Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Maini William.

Kesemua sesi tersebut memberi penekanan dalam aspek amanah, tanggungjawab, ketelusan dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas, selain meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai kepentingan membuat keputusan yang berlandaskan etika serta peraturan yang ditetapkan.

Syed Hamzah ketika berucap pada majlis penutupan Seminar Kemudahan dan Integriti di Dewan Santapan, Astana Negeri Sarawak, di sini, semalam (28 Ogos). Foto: Astana Sarawak

Dalam hal berkaitan, Syed Hamzah ketika berucap majlis penutupan seminar semalam (28 Ogos) juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua panel jemputan atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan menerusi sesi yang interaktif serta bermanfaat kepada seluruh warga Astana Sarawak.

Beliau mengingatkan peserta supaya menterjemah segala ilmu dan maklumat yang diperoleh sepanjang seminar tersebut dalam pelaksanaan tugas harian khususnya memastikan pengurusan perbelanjaan dibuat secara lebih berhemat, cekap dan bertanggungjawab.

Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam memperkasa warga kerjanya melalui perkongsian ilmu dan peningkatan kompetensi, di samping memastikan aspek tadbir urus, pengurusan kewangan dan integriti sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan tugas rasmi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU