ARTIKEL

Ming Tee (tengah) menyampaikan insentif kepada Ling Ching (kiri) sambil diperhatikan oleh Ching Zung di Pusat Media SUKMA Sibu.

Atlet badminton Sarawak mampu lebih cemerlang, teruskan sokongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan prestasi pemain badminton negeri bagi memastikan mereka beraksi dengan lebih cemerlang pada masa depan.

Timbalan Chef-de-Mission (CDM) untuk badminton, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata pencapaian memberangsangkan atlet Sarawak dalam badminton SUKMA ke-21 wajar menjadi penyuntik semangat untuk memberi lebih penekanan kepada sukan tersebut.

Menurutnya, pelaburan dalam sukan itu adalah sesuatu yang berbaloi, termasuk menyediakan latihan dan sokongan yang sewajarnya buat pemain.

“Saya melihat semua pemain Sarawak membuktikan kesungguhan mereka dalam SUKMA kali ini, sama ada Wong Ling Ching, Go Shun Huat, atau mana-mana pemain lain, mereka semua perlu sokongan kita.

“Bukan sekadar sorakan, tetapi mereka (pemain) perlu semua jenis sokongan supaya mereka boleh pergi jauh.

“Mereka tidak hanya membanggakan Sarawak, malah Malaysia,” katanya pada sidang media selepas perlawanan perseorangan wanita di sini hari ini.

Sementara itu, pengurus pasukan badminton Sarawak, Ting Ching Zung, yang juga pengurus pasukan bagi SUKMA sebelum ini berkata, pada temasya lepas, mereka hanya memperoleh satu pingat gangsa dalam acara beregu wanita, manakala pemain lain tersingkir pada pusingan awal.

Ching Zung berkata, sokongan yang diberikan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) meningkatkan prestasi pasukan badminton Sarawak dengan ketara.

“Saya cukup bangga dengan prestasi keseluruhan kami.

”Terima kasih banyak atas sokongan anda semua,” katanya.

Dalam pada itu, Ming Tee menyampaikan insentif RM1,000 kepada Wong Ling Ching sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pemain itu meraih emas pertama badminton wanita untuk Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU