ARTIKEL

Buda Anchah bersama atlet-atlet bina badan Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada malam Selasa. Foto TVS

Atlet bina badan Sarawak cemerlang di Bangkok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet bina badan Sarawak terus mengukir kejayaan bagi negara apabila mencatat prestasi cemerlang dalam dua kejohanan besar serentak iaitu 19th Southeast Asian Bodybuilding and Physique Sports (SEABP) serta 57th Asian Bodybuilding and Physique Sports Championships 2025 yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini.


Pasukan Malaysia, yang dianggotai 26 atlet dari pelbagai negeri termasuk Sarawak, berjaya menampilkan persembahan luar biasa dengan membawa pulang pelbagai pingat berprestij.
Atlet-atlet Sarawak khususnya, mencuri tumpuan dengan pencapaian membanggakan yang menaikkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa.


Antara pencapaian terbaik daripada atlet Sarawak ialah Dr Malvern Abdullah yang memenangi pingat perak dalam kategori Men’s Athletic Physique-160cm diikuti Philomena Dexclyn Siar berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam kategori Women’s Sports Physique-Over 165cm.


Tidak ketinggalan, Joseph Ladi dan Azri Asmat Sefri masing-masing meraih pingat gangsa dalam kategori Men’s Bodybuilding-65kg dan 55kg.


Beberapa lagi atlet seperti Mohd Afif Jamal, Ong Shih Ling, Asrul Asmat Sefri, dan Awang Mohd Azizul Ghani pula berjaya menduduki tempat Top 5 dalam kategori masing-masing.


Jurulatih Kebangsaan serta bekas jaguh bina badan negara kelahiran Sarawak, Buda Anchah, melahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet bina badan Sarawak yang bukan sahaja membuktikan kemahiran mereka, malah disiplin dan semangat juang tinggi sepanjang latihan dan pertandingan.


“Pencapaian ini menunjukkan betapa gigihnya para atlet Sarawak dalam mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa,” ujarnya ketika ditemui TVS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada Selasa.


Secara keseluruhan, pasukan Malaysia meraih empat pingat emas, empat pingat perak dan tujuh pingat gangsa dalam kejohanan 57th Asian Bodybuilding and Physique Sports Championships.


Manakala di kejohanan SEABP 2025, pasukan membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak dan empat pingat gangsa.


Kejayaan berganda ini bukan sahaja mencerminkan usaha keras atlet dan jurulatih, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia, khususnya Sarawak, sebagai antara kuasa besar dalam sukan bina badan di Asia Tenggara dan rantau Asia.


Dengan kejayaan ini, atlet bina badan Sarawak terus membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dan berjaya di pentas dunia, seterusnya mengharumkan nama negara. – TVS

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha