ARTIKEL

Gerald ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Terbuka Sarawak (SIOTBC) 2026 di Megalanes Sarawak, di sini, semalam.

Atlet boling Sarawak berpotensi wakili Malaysia pada Sukan SEA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa atlet boling Sarawak berpotensi mewakili Malaysia pada Sukan SEA akan datang susulan peningkatan prestasi serta perkembangan positif pembangunan bakat di negeri ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, perkara itu dibuktikan dengan kedudukan beberapa pemain Sarawak yang kini berada dalam kelompok elit negara, termasuk Nur Hazirah Ramli dan Gillian Lim serta bakat muda Lavinia Tan.

Gerald Rentap merakam kenangan bersama para pemenang Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Terbuka Sarawak (SIOTBC) 2026.

Menurut Gerald, perkembangan tersebut membuktikan pembangunan sukan boling di negeri ini membuahkan hasil dengan melahirkan beberapa pemain yang mampu bersaing pada peringkat kebangsaan.

“Dalam pasukan elit Malaysia, kita masih mempunyai beberapa pemain, khususnya pemain boling wanita seperti Nur Hazirah dan Gillian.

Gerald Rentap merakam kenangan bersama para pemenang Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Terbuka Sarawak (SIOTBC) 2026.

“Namun, kita mengharapkan pemain yang lebih muda dari Sarawak dapat diketengahkan untuk mewakili pasukan elit Malaysia, khususnya menjelang Sukan SEA akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Terbuka Sarawak (SIOTBC) 2026 yang dirasmikan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian di Megalanes Sarawak, di sini, semalam.

Gerald menambah, prestasi skuad boling Sarawak pada temasya SUKMA 2026 turut menjadi antara kayu pengukur bagi perkembangan positif sukan berkenaan, selain menunjukkan pemain tempatan kini semakin kompetitif.

“Prestasi pasukan boling pada temasya SUKMA menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan apabila kita mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Ini menunjukkan perkembangan ataupun pembangunan sukan boling di Sarawak memang berkesan dan kita berjaya melahirkan beberapa orang atlet elit negara,” katanya.

Gerald berkata, usaha pembangunan bakat secara berterusan penting bagi memastikan Sarawak terus menjadi antara penyumbang pemain kepada skuad kebangsaan.

“Penganjuran kejohanan peringkat antarabangsa juga penting sebagai pendedahan kepada pemain tempatan kerana mereka dapat saingan lebih kompetitif, sekali gus menambah pengalaman, kemahiran dan tahap permainan mereka,” katanya.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha