ARTIKEL

Atlet negara terlepas peluang pingat emas acara 100 meter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HANGZHOU: Atlet olahraga negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100 meter (m) lelaki T36 (kecacatan fizikal) pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.

Pada aksi final berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong di sini hari ini, atlet berusia 36 tahun itu dibatalkan penyertaan berikutan kesalahan false start atau salah mula sekali gus menggugat peluang sekurang-kurangnya meraih kedudukan podium pada penampilan terakhirnya di temasya empat tahun sekali itu.

Terdahulu, juara Sukan Paralimpik Rio 2016 itu berada di laluan enam, diapit kiri dan kanan seteru utama dari China, Deng Peicheng dan Yang Yifei.

Peicheng mengungguli saingan di tempat pertama dengan catatan 11.80 saat (s) diikuti Yifei di tempat kedua dengan 12.15s dan wakil Jepun Takeru Matsumoto yang merekodkan 12.38s mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Keputusan dilakar atlet kelahiran Perlis yang turut dikenali sebagai Dekwan itu, sekali gus menyaksikan beliau pulang tanpa pingat selepas turut gagal mempertahankan emas acara lompat jauh T36 yang berlangsung pada Selasa lepas.

Beliau sekadar menamatkan acara lompat jauh itu di kedudukan keenam. — BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

Tun Taib pencetus muaythai Sarawak

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, memberi implikasi cukup hebat dalam dunia sukan Sarawak. Terutama sukan tempur jarak

BERITA TERBARU

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman