ARTIKEL

FOTO Paralympic.org

Atlet powerlifting Mongolia cipta sejarah, raih tiga pingat Sukan Paralimpik berturut-turut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ULAN BATOR: Atlet powerlifting Mongolia Enkhbayar Sodnompiljee merangkul pingat perak dalam kategori 107 kg lelaki di Paralimpik Paris 2024 pada Ahad dengan angkatan seberat 248 kg, menjadi atlet Mongolia pertama memperoleh pingat. pada tiga Sukan Paralimpik berturut-turut, lapor Xinhua.

Atlet berusia 39 tahun itu sebelum ini memenangi pingat emas dalam kategori 107 kg lelaki pada Paralimpik Tokyo 2020 dengan angkatan 245 kg. Beliau juga memperoleh pingat gangsa dalam acara 88 kg lelaki di Paralimpik Rio 2016.

Dalam kategori yang sama di Paris 2024, Aliakbar Gharibshahi dari Iran memenangi pingat emas dengan angkatan 252 kg, memecahkan rekod Paralimpik dan dunia, manakala wakil Mexico Jose Castillo meraih gangsa dengan angkatan 222 kg. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan