ARTIKEL

Abdul Karim bercakap pada Majlis Kira Detik Setahun Menuju Sukan SEA 2027 di Kuching, malam tadi. FOTO: MOHD ALIF NONI

Atlet Sarawak ke Sukan SEA 2027 dipilih berdasarkan merit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet Sarawak yang terpilih mewakili Malaysia pada Sukan SEA ke-34 2027 akan dipilih berdasarkan merit, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, jumlah atlet Sarawak yang akan mewakili Malaysia masih belum dimuktamadkan kerana pemilihan perlu dibuat oleh persatuan sukan berdasarkan pencapaian dan merit atlet.

“Kita belum memuktamadkan siapa yang akan mewakili negara.

“Sudah tentu akan ada atlet dari Sarawak, tetapi kita tidak boleh meminta terlalu banyak supaya mereka yang mewakili Malaysia mesti datang dari Sarawak.

“Pemilihan perlu diuruskan oleh persatuan sukan berdasarkan merit.

“Insya-Allah, akan ada atlet Sarawak dan sebagai negeri tuan rumah.

“Mereka tentunya akan mendapat lebih banyak sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kira Detik Setahun Menuju Sukan SEA 2027, di sini, malam tadi.

Abdul Karim merakam kenangan selepas Majlis Kira Detik Setahun Menuju Sukan SEA 2027 di Kuching, malam tadi. FOTO: MOHD ALIF NONI

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Sarawak yang hadir menyaksikan pertandingan supaya tidak hanya memberi sokongan kepada atlet kelahiran negeri itu, sebaliknya menyokong seluruh atlet Malaysia yang bertanding.

“Kita perlu menyokong semua atlet Malaysia kerana kita mahu melihat Malaysia muncul juara, jika boleh menjadi juara keseluruhan Sukan SEA kali ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata atlet daripada 11 negara yang menyertai Sukan SEA 2027 Kluster Sarawak akan ditempatkan di hotel terpilih, berbanding konsep perkampungan sukan yang digunakan ketika Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak.

Katanya, pendekatan itu mengambil kira skala Sukan SEA yang membabitkan atlet dari 11 negara Asia Tenggara serta keperluan menyediakan kemudahan penginapan yang lebih selesa.

“Pendekatan ini bagi memastikan semua atlet yang datang dari negara terlibat mendapat penginapan yang baik dan selesa.

“Selain itu, merancakkan ekonomi tempatan.

“Kapasiti hotel di Sarawak juga dijangka mencukupi untuk menampung kira-kira 4,000 atlet serta pegawai yang keseluruhannya boleh mencecah lebih 7,000 orang.

“Namun, saya juga ada memohon untuk Sarawak menambah lebih banyak hotel kerana pada 2029 kita akan menganjurkan satu lagi acara sukan antarabangsa berskala besar yang menghimpunkan 57 negara,” jelasnya.

Tambahnya, Kompleks Sukan Sarawak juga akan diubah menjadi kawasan berkonsepkan festival yang turut memberi ruang kepada aktiviti ekonomi.

“Tidak akan ada perkampungan sukan khusus, tetapi di Kompleks Sukan Sarawak, selain venue sukan, kita akan wujudkan suasana seperti sebuah festival.

“Akan ada Dapur Malaysia, ruang jualan produk dan sebagainya.

“Kita mahu suasananya meriah, bukan hanya untuk sukan tetapi usahawan juga dapat mempamerkan serta menjual produk dan barangan mereka,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road