ARTIKEL

DAPAT GANGSA... Martha Evyanna mempamerkan pingat gangsa yang dimenanginya. - FOTO MOHD. ALIF NONI

Atlet taekwondo Martha Evyanna sumbang gangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Atlet taekwondo Sarawak, Martha Evyanna menceriakan kem Kontinjen Sarawak apabila menyumbang pingat gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Martha mempamerkan prestasi cemerlang pada peringkat awal saingan sebelum tewas di separuh akhir.

TEPAT KE SASARAN… Martha Evyanna (kanan) melakukan serangan terhadap lawannya. – FOTO MOHD. ALIF NONI

Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak, Haji Azizul Annuar Adenan menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian membanggakan, khususnya selepas Martha membuat penampilan sulung pada temasya SUKMA.

Menurutnya, kejayaan berkenaan diharap dapat menjadi pencetus semangat kepada rakan sepasukan yang akan meneruskan cabaran esok.

Azizul berkata kejayaan itu turut menjadi petanda positif buat skuad Sarawak yang dibarisi beberapa muka baharu, dengan pengalaman yang diraih dijangka memberi manfaat kepada pembangunan taekwondo negeri pada masa hadapan.

“Kami turut mempunyai atlet dalam kategori middleweight dan heavyweight yang pernah beraksi pada edisi SUKMA sebelum ini serta menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan, jadi ada potensi untuk meraih emas pada saingan seterusnya esok,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,