ARTIKEL

Penunjuk perasaan bergambar ketika menyertai protes membantah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan pentadbirannya di hadapan Gereja St Charles (Karlskirche) di Vienna, Austria. - Foto REUTERS

Austria Tolak Permohonan AS Guna Ruang Udara Bagi Operasi Ketenteraan Terhadap Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Austria menolak permohonan Amerika Syarikat (AS) untuk menggunakan ruang udaranya bagi operasi ketenteraan terhadap Iran, dengan alasan ia mengamalkan undang-undang berkecuali, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan pada Khamis mengesahkan terdapat “beberapa” permintaan daripada Washington, namun tidak menyatakan jumlahnya, lapor penyiar awam Austria, ORF.

Jurucakap itu menambah bahawa setiap kes akan dinilai secara individu dengan penyelarasan bersama Kementerian Luar Austria.

Austria yang mengekalkan dasar berkecuali dalam ketenteraan sejak sekian lama, tidak mengenakan larangan menyeluruh terhadap penerbangan AS, sebaliknya menyemak setiap permohonan mengikut kes, menurut kementerian berkenaan.

Awal minggu ini, Sepanyol dilaporkan menutup ruang udaranya kepada penerbangan ketenteraan yang berkaitan dengan konflik itu, manakala Itali menolak permintaan pesawat AS untuk mendarat di sebuah pangkalan di Sicily.

AS dan Israel mengekalkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Tehran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS. Konflik itu turut menyebabkan kematian dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global serta penerbangan. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road