ARTIKEL

Filem epik sains fiksyen ini merupakan sambungan 'Avatar 2009' dan sekuelnya 'Avatar: The Way Of Water' yang ditayangkan pada 2022. - Foto: Avatar (IG)

‘Avatar 3: Fire And Ash’ bakal temui peminat pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LOS ANGELES, California, Amerika Syarikat: James Cameron mengumumkan tajuk filem baharu ‘Avatar 3: Fire And Ash’, yang dijadual ditayangkan pada 2025, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pengarah filem itu membuat penampilan mengejut di D23, sebuah acara peminat Disney di California, bersama bintang filemnya, Zoe Saldana dan Sam Worthington, untuk memberi gambaran awal tentang sekuel terbaharu ‘Avatar’.

Filem epik sains fiksyen ini merupakan sambungan ‘Avatar 2009’ dan sekuelnya ‘Avatar: The Way of Water’ yang ditayangkan pada 2022.

“Filem baharu itu bukanlah apa yang anda jangkakan, tetapi pastinya apa yang anda mahukan,” kata Cameron kepada 12,000 penonton yang hadir.

Lelaki berusia 69 tahun itu berkata rakaman tidak akan ditayangkan hari ini kerana masih terlalu awal tetapi berkongsi “seni konsep yang menarik untuk merangsang imaginasi penonton”.

“Akan ada budaya, latar dan makhluk baharu.

“Anda akan melihat lebih banyak pemandangan di Pandora, planet yang belum pernah anda lihat sebelum ini,” katanya.

Filem ini dijadual ditayangkan pada 19 Disember 2025. – BERNAMA

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira