SELANGOR: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Kerajaan Sarawak hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di The Mines, Seri Kembangan di sini pada Isnin.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa tokoh politik tanah air.


Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Tun Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 9.20 pagi tadi.
Difahamkan solat jenazah diadakan selepas Asar di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur dan jenazah dijangka dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

