ARTIKEL

Azizul Annuar bercakap pada persidangan DUN (UKAS)

Azizul Annuar Cadang Pembinaan Kompleks ICQS di Telok Melano

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Potensi Telok Melano sebagai pintu masuk perdagangan dan pelancongan rentas sempadan Malaysia-Indonesia perlu disokong dengan pembinaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang lengkap bagi memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.

ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, kemudahan kawalan sempadan sedia ada masih terhad dan belum berkeupayaan memproses pasport antarabangsa secara menyeluruh.

“Kedudukan Telok Melano yang bersempadan dengan Temajuk, Kalimantan Barat, Indonesia memerlukan kemudahan pemeriksaan yang lebih lengkap bagi memastikan pergerakan rentas sempadan dapat diurus dengan lebih teratur.

“Kerajaan diharap dapat menyegerakan kelulusan dan pembinaan Kompleks ICQS bersepadu yang kekal dan moden di Telok Melano. Ini penting bagi membolehkan sistem pengurusan imigresen dan kastam dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Azizul Annuar berkata, Telok Melano dan Temajuk mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai destinasi pelancongan pesisir pantai serta pusat perdagangan komuniti, khususnya selepas pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo yang bermula di Kilometer 0 di Telok Melano.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU