PELAKON dan pengarah Baim Wong membidas tuduhan yang dilemparkan oleh orang ramai berikutan video yang dikongsikan oleh bekas isterinya, Paula Verhoeven.
Menurut Baim, dia berani melafazkan sumpah menafikan bahawa dia menghasut keduadua anak lelakinya membenci ibu mereka sendiri.
“Saya tidak pernah mengajar anak untuk membenci ibu mereka.
Mahu bersumpah?
Ibu bapa saya tidak mungkin masuk syurga jika saya buat begitu.
“Itu sudah paling tinggi. Nyawa adalah orang tua saya sendiri.
Saya bersumpah di hadapan anda semua,”ujarnya kepada media Indonesia.
Baim turut menafikan dakwaan bahawa dia menghalang Paula daripada berjumpa anak-anak.
“Saya tidak pernah menghalang, namun ada pula cerita yang mengatakan dia sudah lama tidak berjumpa anak. “Hubungan anak-anak dan ibu mereka semakin baik, malah jika dia mahu bermalam di rumah pun, tidak ada masalah,” jelasnya.


