ARTIKEL

ADUN Ba’kelalan, Baru Bian.

Ba’kelalan, Lawas wajar jadi kawasan tumpuan sektor pertanian, penternakan utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lawas, khususnya Ba’kelalan, wajar dijadikan kawasan tumpuan sektor pertanian dan penternakan utama di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’kelalan, Baru Bian, berkata tanah yang subur dan iklim yang lebih sejuk di utara Sarawak sangat sesuai untuk pertanian dan penternakan.

“Sehubungan itu, saya menggesa Kerajaan Sarawak untuk memasukkan Lawas, khusus kawasan saya Ba’kelalan, ke dalam program ternakan lembu, kerana kita mempunyai tanah dan rakyat untuk melaksanakan inisiatif ini.

“Begitu juga sebagai kawasan penanaman tumpuan, dengan kerajaan memberi subsidi, spesies hasil tinggi, kaedah penanaman yang lebih baik, dan saluran pemasaran untuk membantu pengusaha,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Jelasnya, Long Semadoh di Ba’kelalan misalnya merupakan antara kawasan yang paling subur di Sarawak.

“Penduduk di situ menghasilkan padi adan yang sangat dicari, dan sekumpulan petani telah berjaya meningkatkan hasil mereka menggunakan Sistem Intensifikasi Beras (SRI),” ujarnya.

Baru berharap kerajaan dapat menggalakkan kaedah pertanian organik untuk menjadikan hasil petani luar bandar lebih menarik, bukan sahaja bagi pasaran tempatan, tetapi lebih-lebih lagi buat pasaran antarabangsa kerana permintaan terhadap makanan organik terus meningkat.

“Sehubungan itu, saya meminta kerajaan mengadakan latihan dan bengkel, terutama di kawasan tanah tinggi yang penduduknya masih menggunakan kaedah pertanian tradisional, kerana di sinilah padi adan diketahui tumbuh dengan baik.

“Juga perlu ada program untuk memantau dan mengaudit petani ini dan hasil mereka untuk mengekalkan kualiti organik,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU