ARTIKEL

Yusuf menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil pihak SCORE EPCC Sdn. Bhd yang menyertai Program Build Brigade – CSR CIDB dan Industri Pembinaan Bahagian Bintulu.

Balai Raya Kampung Kemunting Pulih Selepas Dibaik Pulih Melalui Program CSR CIDB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Balai Raya Kampung Kemunting yang sebelum ini rosak teruk akibat banjir Januari lalu, kini kembali berfungsi sepenuhnya hasil inisiatif Program Build Brigade – CSR CIDB dan Industri Pembinaan Bahagian Bintulu.

Program tanggungjawab sosial anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama enam syarikat kontraktor pembinaan itu memberi tumpuan khusus kepada kerja-kerja pembaikan balai raya yang menjadi pusat kegiatan masyarakat setempat.

Enam syarikat kontraktor yang terlibat ialah Hyup Soon Industries Sdn. Bhd., Paling Construction Sdn. Bhd., China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd., Score EPCC Sdn. Bhd., dan Hing Teck Glass & Aluminium Sdn. Bhd.

Pengerusi CIDB Malaysia, Ir. Yusuf Abd Wahab, berkata program ini mencerminkan keupayaan industri pembinaan bukan sahaja dalam membina infrastruktur, tetapi juga dalam membina semula harapan masyarakat yang terjejas.

Menurut beliau, inisiatif tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara CIDB, kontraktor-kontraktor utama dan agensi tempatan seperti Pejabat Residen Bintulu dan Pejabat Daerah Bintulu.

“Program ini adalah bukti bahawa industri pembinaan turut memainkan peranan penting dalam membantu komuniti yang terkesan bukan sekadar membina bangunan, tetapi membina kehidupan.

“Dewan ini bukan sekadar bangunan, tetapi nadi bagi pelbagai aktiviti komuniti. Ia menjadi saksi bagi majlis perkahwinan, kelas tuisyen anak-anak, mesyuarat penduduk dan sebagainya. Maka, pemulihannya sangat penting dan menjadi tanggungjawab bersama untuk mengembalikan fungsinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Penyerahan Program Build Brigade – CSR CIDB dan Industri Pembinaan Kawasan Bintulu yang disempurnakan oleh ADUN Jepak Iskandar Turkee di Balai Raya Kampung Kemunting, semalam (Rabu).

Yusuf semasa berucap pada Program Build Brigade – CSR CIDB dan Industri Pembinaan Bahagian Bintulu di Balai Raya Kampung Kemunting.

Antara kerosakan utama yang berjaya dibaik pulih termasuk pagar, pintu, kipas industri, sistem roller shutter, peralatan elektrik serta cat semula keseluruhan dewan yang menjadi pusat aktiviti penduduk.

Ir. Yusuf berharap program seperti ini akan menjadi model kepada lebih banyak kerjasama antara sektor swasta dan masyarakat dalam usaha membina komuniti yang lebih resilien dan inklusif, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Kampung Kemunting, Abu Kasim Hamzah, yang memainkan peranan penting dalam menyelaras keperluan penduduk dan menyokong kelancaran kerja-kerja baik pulih.

Turut hadir Pengarah CIDB Sarawak, Ts. Rosmen Ag. Hassan dan Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU