ARTIKEL

Balingan KRITIKAL Jackie Wong Siew Cheer Selamatkan Maruah Malaysia di Podium

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jaguh baling tukul besi negara dari Sarawak, Jackie Wong Siew Cheer, berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia selepas melakukan balingan sejauh 59.81 meter pada Sukan SEA 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai, hari ini.

Atlet berusia 33 tahun yang berasal dari Sarikei itu terpaksa menanti sehingga balingan keempat untuk memastikan kedudukannya di podium.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 68.22 meter itu memulakan saingan dengan balingan pertama sejauh 58.26 meter. Dua balingan beliau pada pusingan kedua dan ketiga dibatalkan, namun beliau bangkit cemerlang pada balingan keempat untuk merangkul pingat gangsa.

Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia, Sadat Marzuqi dari Negeri Sembilan, turut mempamerkan aksi cemerlang apabila melakar balingan sejauh 60.15 meter pada percubaan terakhir, sekali gus berjaya merangkul pingat perak.

Aksi bertenaga Sadat bukan sahaja mengesahkan kedudukan Malaysia di kelompok terbaik rantau ini, malah membuktikan kemampuan atlet negara memberi saingan sengit kepada pemenang emas.

Gelaran juara milik atlet tuan rumah, Kittipong Boonmawan, yang tampil dominan dengan balingan emas sejauh 63.11 meter pada percubaan ketiga.

Kejayaan dalam acara baling tukul besi lelaki Sukan SEA 2025 ini menyaksikan kontinjen Malaysia terus menambah kutipan pingat dalam acara olahraga.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira