ARTIKEL

Hebahan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 Peringkat Daerah Kecil Balingian.

Balingian Fun Run kembali sempena Hari Sukan Negara 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Acara larian santai yang dinanti ramai, Balingian Fun Run kembali memeriahkan Daerah Kecil Balingian sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025 pada 18 Oktober depan.

Program anjuran Balingian Brotherhood Sport Recreation Club ini akan diadakan di Tapak Pesta Bederun berhampiran Tebingan Sungai Balingian yang terkenal dengan pemandangan semula jadi.

Menurut Pengarah Program Mohd Helmi Zamil, pihaknya menyasarkan sebanyak 500 penyertaan pada kali ini.

“Ini kerana pada tahun lalu lebih 400 peserta mendaftar dan ketika itu hanya satu acara sahaja iaitu Fun Walk.

“Tahun ini dengan adanya tambahan Fun Run sejauh lima kilometer, saya menjangkakan lebih ramai peserta akan mendaftar terutamanya dari luar kawasan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sehubungan itu katanya, program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan sesuai untuk seisi keluarga.

Jelasnya terdapat dua kategori disediakan iaitu Fun Run sejauh lima kilometer (KM) dan Fun Walk tiga kilometer.

“Bagi acara Fun Run, terdapat empat kategori seperti lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki veteran dan wanita veteran.

“Kesemua kategori ini menyediakan hadiah wang tunai yang mana bagi tempat pertama RM300, tempat kedua RM200, tempat ketiga RM100, tempat keempat hingga keenam RM50 dan tempat ketujuh hingga kesepuluh RM20.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 September depan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Helmi berharap agar acara tahun ini lebih meriah dengan kehadiran peserta dari luar bahagian seperti Bintulu, Sibu, Mukah dan sebagainya.

Tambahnya diharapkan peserta luar akan mengambil peluang untuk berkunjung ke Daerah Kecil Balingian dan menikmati keindahannya sebagai destinasi pelancongan tempatan.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha