ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri TVS di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Bangunan baharu menempatkan ibu pejabat TVS disasar siap pada 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyasarkan bangunan baharu yang menempatkan ibu pejabat TV Sarawak (TVS) disiapkan pada 2027.


Menurutnya, bangunan yang akan dibina berdekatan Bangunan Baitulmakmur di Petra Jaya itu antara lain berperanan penting dalam memastikan kelancaran penyiaran dan liputan Sukan SEA 2027 susulan Sarawak dipilih sebagai tuan rumah bersama.


“Kita (Sarawak) akan menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 dan sudah tentu TVS akan menjadi rakan penyiar yang melaporkan acara-acara yang ada di Sarawak.


“Sebab itulah kita mengharapkan bangunan tersebut siap dengan studio dan kelengkapan lain agar kita boleh lakukan siaran langsung kepada negara-negara yang bertanding kelak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri TVS 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Abang Johari berkata inisiatif TVS melebarkan sayap ke wilayah utara Sarawak serta Semenanjung Malaysia, meletakkan nama sebaris dengan stesen penyiaran yang lain di persada penyiaran kebangsaan.


Ia sekali gus membuktikan komitmen TVS dalam memaparkan perkembangan semasa bukan hanya di
Untuk rekod, selepas lima tahun penubuhannya, TVS kini mempunyai tiga pejabat termasuk dua pejabat cawangan iaitu di Miri dan di Kuala Lumpur serta ibu pejabat di Kuching. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU