ARTIKEL

Bangunan Saujana yang merakam kenangan komuniti di Kuching | Foto: Ghazali Bujang

Bangunan Saujana dirobohkan beri laluan stesen ART

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bangunan Saujana di Jalan Masjid di sini bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan sistem Transit Aliran Autonomi (ART), sekali gus mengubah landskap kawasan sekitar Gurdwara Sahib Kuching.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebuah stesen ART pusat akan dibina di hadapan Gurdwara Sahib Kuching, sekali gus menjadikan rumah ibadat itu sebahagian daripada landskap baharu bandar raya ini.

“Fasa pembangunan seterusnya akan melibatkan bangunan Saujana ini, yang akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan bangunan moden di kawasan sekitarnya hingga ke Brooke Dockyard.

“Sebuah stesen utama sistem ART juga akan dibina di hadapan kawasan ini.

“Transformasi tersebut akan memperlihatkan perubahan landskap kawasan ini secara keseluruhan,” katanya ketika merasmikan bangunan tambahan Gurdwara Sahib Kuching, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, perancangan mengubah kawasan berkenaan telah dibincangkan sejak 2013 hingga 2014 sebelum usaha itu diteruskan selepas beliau menjadi Ketua Menteri pada 2017.

Katanya, kerajaan Sarawak turut membantu peluasan Gurdwara Sahib Kuching menerusi penyediaan tanah milik kerajaan dan sumbangan RM5 juta bagi membolehkan pembangunan bangunan tambahan itu dilaksanakan.

Beliau berkata, hubungan erat antara Kerajaan Sarawak dengan komuniti Sikh turut mencerminkan sumbangan masyarakat itu kepada pembangunan Sarawak sejak dahulu hingga kini.

Jelasnya, meskipun komuniti Sikh ialah kelompok kecil, sumbangan mereka dalam bidang perubatan, penjagaan kesihatan, perundangan dan khidmat sosial memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

Katanya, sejarah komuniti Sikh di Sarawak juga berkait rapat dengan perkhidmatan keselamatan pada masa lalu, manakala sumbangan mereka kini diteruskan menerusi pelbagai bidang profesional dan aktiviti kemasyarakatan.

Abang Johari berkata, Gurdwara Sahib Kuching bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadat, malah menyediakan kemudahan bilik darjah dan ruang perhimpunan serta menganjurkan program sosial seperti derma darah yang turut memberi manfaat kepada masyarakat pelbagai kaum.

BERITA LAIN

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri