ARTIKEL

Bantu hingga ke kawasan pedalaman, Sarawak tambah RM16.4 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan tambahan berjumlah RM16.4 juta untuk pembelian makanan yang diberi kepada golongan berpendapatan rendah.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan tambahan itu disalurkan kepada jawatankuasa kecil rantaian bekalan makanan di bawah kendalian Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Kita prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar apabila putus punca pendapatan dan hubungan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah dilanjutkan dua minggu lagi.

“Maka, peruntukan tambahan itu membolehkan kita membantu penduduk di kawasan pedalaman yang akan dipantau oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) peringkat daerah di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau stok bekalan makanan di Pasar raya Ta Kiong di The Spring di sini semalam. Menurut Abang Johari, ia juga dipantau oleh 12 Adun yang dilantik oleh JPBN di peringkat akar umbi.

“Kumpulan sasar kita adalah gelandangan, golongan berpendapatan rendah dan yang hilang pekerjaan terutamanya di kawasan luar bandar dan miskin bandar.

“Berikutan itu, kita menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyalurkan makanan terbabit dengan bantuan pelbagai agensi termasuk pasukan tentera kerana rangkaian perhubungan terutamanya menggunakan jalan air masih digantung semasa PKP,” jelasnya.

Mengulas mengenai lawatannya Pasar raya Ta Kiong, Ketua Menteri memberi jaminan bekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP. “Berdasarkan maklum balas yang kita terima, kita ingin mendorong sebuah kedai runcit atau pasar raya untuk mempunyai sebulan stok barangan keperluan.

“Perkara paling penting buat masa ini ialah rantaian bekalan makanan mencukupi semasa PKP dilanjutkan untuk tempoh 14 hari lagi,” ujarnya. Kata Abang Johari lagi, Kerajaan Sarawak tidak hanya fokus kepada bandar raya Kuching tetapi kawasan lain di seluruh negeri.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Awang Tengah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Sim Kui Hian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi serta Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira