ARTIKEL

Fatimah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima daripada Persatuan Ibu Tunggal Sarawak sempena Majlis Mita Appreciation for Single Mothers di Mita Cake House, Heritage Garden, di sini, hari ini. Foto: RAMIDI SUBARI

Bantu ibu tunggal tanggungjawab bersama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peranan entiti perniagaan dan badan bukan kerajaan (NGO) penting dalam memperkukuh jaringan sokongan sosial dengan melengkapkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan khususnya kepada golongan rentan seperti ibu tunggal.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata Mita Cake House telah mengambil langkah proaktif menerusi inisiatif penghargaan komuniti untuk menyalurkan bantuan kepada ahli Persatuan Ibu Tunggal Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Katanya, beliau amat menghargai usaha tersebut kerana pihak berkenaan memilih untuk menyokong golongan ibu tunggal yang merupakan antara kumpulan penting dalam masyarakat dan memerlukan perhatian berterusan.

“Saya juga sentiasa mengingatkan bahawa apabila kita sudah berjaya, jangan sesekali lupa — terutamanya usahawan muda yang baru bermula untuk memberi kembali kepada masyarakat dalam apa sahaja bentuk bantuan.

“Wanita harus saling membantu dan membawa rakan bersama-sama mengecapi kejayaan. Insya-Allah, usaha murni ini akan diberkati rezeki melimpah,” katanya ketika berucap pada Majlis Mita Appreciation for Single Mothers di Mita Cake House, Heritage Garden, di sini, hari ini.

Fatimah dan tetamu kehormat merakam gambar kenangan bersama-sama penerima sumbangan. Foto: RAMIDI SUBARI

Tambahnya, pemilihan Persatuan Ibu Tunggal Sarawak untuk menerima bantuan ini juga amat bertepatan kerana ia mempunyai jumlah ahli yang paling ramai di negeri ini.

“Persatuan berkenaan mempunyai cawangan mengikut bahagian, sekali gus menjadikannya sebuah persatuan yang besar,” ujarnya.

Beliau berkata sokongan CSR daripada korporat dan NGO amat diperlukan untuk memperkukuh jaringan keselamatan ibu tunggal kerana bantuan kerajaan sedia ada masih belum mencukupi.

Menurutnya, sumbangan NGO seperti penyediaan makanan kering sedikit sebanyak meringankan beban, manakala bantuan khas kerajaan melalui Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pula memastikan keperluan asas terus mencukupi.

“Apabila ramai pihak tampil membantu, ia melengkapkan usaha kerajaan dan mampu meningkatkan kualiti hidup ibu tunggal serta anak-anak mereka.

“Setiap ibu tunggal mempunyai cabaran tersendiri, disebabkan itu kami amat menghargai sebarang bantuan tambahan daripada NGO dan sektor korporat, khususnya bagi membantu keluarga yang mempunyai anak kecil,” jelasnya.

Terdahulu, inisiatif penghargaan komuniti yang dianjurkan itu juga adalah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada ibu tunggal daripada Persatuan Ibu Tunggal Sarawak.

Ia juga meyaksikan sebanyak 50 beg hadiah khas diagihkan kepada ibu tunggal, manakala 100 set amal akan dijual kepada orang awam dengan hasil jualan disalurkan bagi menyokong inisiatif persatuan berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira