ARTIKEL

Bantu pelajar sambung belajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pusat Khidmat DUN Nangka akan membantu setiap pelajar di konstituensinya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

ADUN Nangka Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, bantuan itu disediakan mulai tahun ini dalam usaha memberi sokongan kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

“Mulai tahun ini, setiap pelajar di DUN Nangka yang berjaya melanjutkan pelajaran boleh hadir ke pusat khidmat saya untuk memohon bantuan pendidikan.

“Saya juga mengarahkan agar setiap permohonan yang layak agar disalurkan segera bantuan mereka,” katanya menerusi video ucapannya yang dimuat naik di laman Facebook rasminya semalam semasa kunjungan Gawai di Rumah Marai yang merupakan rumah panjang terakhir dalam program Ziarah Gawai.

Sebanyak 34 buah rumah panjang dalam kawasan DUN Nangka telah dikunjungi Dr Annuar semasa program tersebut pada Jun dan awal bulan ini.

Beliau sepanjang kunjungan tersebut turut menerangkan mengenai pentingnya pendidikan dalam kalangan generasi muda.

Dalam perkara lain, Dr Annuar melahirkan rasa malu jika tidak dapat berkunjung Gawai ke 34 buah rumah panjang dalam kawasannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I itu turut memberi contoh kawasan lain seperti DUN Tamin mempunyai kirakira 200 hingga 300 rumah panjang manakala DUN Kakus pula dikatakan mempunyai lebih 500 rumah panjang.

“Oleh itu, tidak ada alasan untuk saya tidak dapat berkunjung ke semua rumah panjang dalam kawasan DUN Nangka.

“Di kawasan DUN Nangka ada 34 buah rumah panjang, jadi tidak logik jika saya tidak dapat pergi ke semua rumah panjang ini sebab ada lagi DUN lain yang mempunyai ratusan rumah panjang,” jelasnya.

Dr Annuar berkata, jika beliau tidak dapat mengunjungi kesemua rumah panjang di kawasannya adalah amat malu dan tidak harus menjadi wakil rakyat.

“Biarpun Gawai sudah berlalu tetapi saya terus mengunjungi rumah-rumah panjang kerana ia adalah tanggungjawab saya selaku wakil rakyat,” tegas beliau. 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road