ARTIKEL

Abdul Yakub Arbi (dua kanan) menyampaikan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Balingian kepada penerima, baru-baru ini. (Foto: N58 Balingian)

Bantuan geran perkasa pembangunan komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sebanyak RM1.8 juta diperuntukkan menerusi Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian tahun ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Menurutnya, peruntukan itu merupakan usaha Kerajaan Sarawak untuk memperkasa pembangunan komuniti melalui pelbagai pertubuhan dan organisasi tempatan.

“Peruntukan ini disalurkan kepada persatuan, kelab serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi membantu mereka melaksanakan program yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

“Setiap geran yang diberikan bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap peranan pertubuhan dalam menggerakkan aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Abdul Yakub Arbi (dua kanan) menyampaikan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Balingian kepada penerima, baru-baru ini. (Foto: N58 Balingian)

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Geran MRP DUN Balingian di Pusat Khidmat DUN Balingian, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Yakub turut menegaskan agar peruntukan tersebut digunakan secara berhemah, telus dan berintegriti mengikut tujuan yang telah diluluskan.

Jelasnya, program yang dilaksanakan mestilah memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat, sama ada dalam bidang pendidikan, kebajikan, sukan, kebudayaan, keagamaan mahupun pembangunan belia.

“Diharapkan geran yang disalurkan ini mampu menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak program berimpak tinggi.

“Pada masa sama, ia dapat memperkukuh kesejahteraan dan pembangunan komuniti di kawasan Balingian,” tambahnya.

Terdahulu, seramai 62 penerima menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Balingian.
KAPSYEN:

RAKAM KENANGAN… Abdul Yakub Arbi merakam kenangan bersama para penerima pada majlis tersebut.
(Foto: N58 Balingian)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU