ARTIKEL

Abang Johari ketika menyampaikan ucapan penangguhan sempena Konvensyen GPS 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Bantuan Khas 2026 untuk bantu rakyat, bukan bersifat politik — Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menegaskan pemberian Bantuan Khas 2026 bukan bersifat politik, sebaliknya bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup susulan konflik di Asia Barat.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata terdapat pihak mempersoalkan langkah tersebut dan mengaitkannya dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dikatakan semakin hampir.

“Bantuan yang kita berikan ini adalah untuk membantu rakyat, anak kita, keluarga kita yang memerlukan bantuan dan Sarawak mempunyai sedikit pendapatan jadi kita sumbang kepada rakyat,” katanya.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penangguhan sempena Konvensyen GPS 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Pada 16 April lalu, Abang Johari telah mengumumkan tiga bantuan utama dengan implikasi kewangan keseluruhan RM876.2 juta bagi 2026 untuk membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup susulan konflik tersebut.

Beliau juga memaklumkan, konflik tersebut telah mendorong peningkatan kos bahan api, pengangkutan dan makanan yang memberi tekanan kepada rakyat.

Justeru, antara langkah yang diumumkan adalah meningkatkan kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada RM1,100 bagi isi rumah, RM600 (warga emas) dan RM375 (individu bujang) yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 900,000 penerima.

Kerajaan Sarawak turut menyediakan diskaun 25 peratus bil elektrik kepada pengguna domestik dari April hingga Disember tahun ini dan diskaun 50 peratus sewaan premis bagi peniaga kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bantuan berkenaan tidak berkait dengan pilihan raya tetapi berteraskan keperluan rakyat.

“Saya tidak fikir soal pilihan raya. Apa yang saya fikir adalah keperluan rakyat yang perlu kita perjuangkan. Sebab itu kita meningkatkan sumbangan bagi keperluan asas kerana nasi mesti ada, susu anak mesti ada, gula mesti ada.

“Disebabkan keperluan itu, kita tingkatkan bantuan di bawah SKAS daripada RM950 kepada RM1,100 bagi isi rumah,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan keyakinan, GPS akan terus menjadi wadah perjuangan yang kukuh dengan barisan kepimpinan daripada semua komponen parti sebagai satu pasukan yang mantap.

“Jika Kuching City FC mampu menewaskan Selangor FC malam tadi (18 April) sudah tentu GPS juga mampu mempertahankan hak Sarawak pada masa depan,” tegasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium