ARTIKEL

Bantuan makanan Sarawakku Sayang bagi DUN Kakus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Pengagihan bantuan makanan Sarawakku Sayang bagi DUN Kakus diteruskan pada hari ini melibatkan 545 rumah panjang di sekitar Sungai Bawang, Sungai Tau, Sungai Anak, dan Sengkabang.

Pengagihan melibatkan  34 buah rumah panjang  di kawasan DUN terbabit dengan enam pusat pengagihan masing-masing Rumah Sulang, Batu 88, Rumah Dicka, Sungai Anak, Rumah Rampai, Ulu Bawang, Rumah Lukok, Sungai Bawang dan Rumah  Umpang di Sungai Tau.

Pengagihan turut melibatkan KIR di  kawasan Pengkalan Lobang, Ulu Bawan, Begeri, Bukit Dinding, Sungai Duan/ Jalan Bukut.

Setiausa sulit kepada Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang–Undang dan Adat Bumiputera), Thomas Angkuh mewakili ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai menyerahkan bantuan tersebut.

Turut sama membantu mengagihkan bantuan tersebut ialah Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Tatau, Long Jok dan Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Selangau, Anyie Awing.

Thomas menyerahkan bantuan kepada penduduk Rumah Sulang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira