Trending

Banyak vendor untuk Kad Kenyalang Emas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Sarawak masih memerlukan banyak syarikat swasta terutama di kawasan luar bandar untuk menjadi vendor Kad Emas Kenyalang (KGC), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, pemilik syarikat dan vendor yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan KanakKanak (KWKPK).

“Setakat ini terdapat 162 vendor berdaftar dengan Kuching memiliki jumlah terbanyak iaitu 74, diikuti Sibu (19), Miri (19), Bintulu (12), Samarahan (11), Limbang (10), Serian (5) Mukah (4) , Sarikei (3), Sri Aman (3) dan Betong (2).

“Kad ini diperkenalkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas bagi membolehkan mereka menikmati potongan harga untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan strategik (agensi kerajaan) dan vendor (perusahaan swasta),” katanya dalam ucapan penggulungan KWKPK pada Persidangan Dun, di sini, semalam.

Tambahnya, setakat 31 Oktober 2020, sejumlah190,115 pemegang dan 878 waris menerima bantuan kematian berjumlah RM2,634,000 untuk perbelanjaan pengurusan jenazah.

“Sementara Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang yang diberikan seperti hemodialisis dan bantuan pengangkutan terutama bagi pesakit di daerah luar bandar menelan belanja RM420,452 setakat Oktober lalu,” ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan berlainan, katanya Endowment Fund Sarawak (EFS) mencatatkan pendaftaran 21,192 bayi setakat 31 Oktober 2020

“Selain itu, Bantuan Ibu Bersalin (BIB) memanfaatkan sejumlah 9,405 ibu sejak diperkenalkan tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM4,232,250.

“Sehingga November 2020, bantuan kebajikan bulanan kementerian untuk 52,779 penerima mencatatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM160,649,790 melalui pembiayaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri,” jelasnya.

Mengulas mengenai penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang mempunyai kaitan rapat dengan banyak masalah sosial yang lain, ujarnya sebanyak 36 Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) di peringkat negeri dan daerah ditubuhkan di Sarawak.

“Sejak 2018 hingga 31 Oktober lalu, kolaborasi dalam komuniti menghasilkan 27,684 tangkapan pelbagai kesalahan berkaitan dadah,” katanya lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru