KUCHING: Seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah menjalankan kegiatan sebagai bapa ayam dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan ditetapkan pada 7 Disember depan.
Mahkamah Sesyen mengarahkan tertuduh yang berusia 47 tahun dibebaskan dengan jaminan setelah mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara hingga 15 tahun serta sebatan dan denda.
Tertuduh didakwa menyara kehidupan dengan mengaut keuntungan melacurkan tiga wanita berusia 50 hingga 62 tahun.
Kesalahan itu telah dilakukan sekitar jam 9 malam pada 15 November 2019 di sebuah rumah kedai di Jalan Sekama.
Ketika serbuan dibuat, tertuduh ditahan sebagai penjaga kaunter dan bertugas sebagai pemungut wang upah.
Polis turut merampas 12 keping kondom yang masih baharu serta satu kondom yang sudah digunakan dan wang tunai RM500.
Tertuduh diwakili peguam Louise Jarau.