ARTIKEL

Baru Bian Cadang Wujudkan Ordinan Bahasa Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa untuk menyediakan dana bagi pengajaran mana-mana bahasa peribumi Sarawak di peringkat sekolah rendah dan mewujudkan Ordinan Bahasa Sarawak.

ADUN Ba’Kelalan, Baru Bian menzahirkan kebimbangan apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyenaraikan empat bahasa peribumi Sarawak sebagai pupus pada 2023, iaitu melibatkan Seru, Pegu, Bliun dan Lelak.

Katanya, beberapa bahasa lain pula dalam keadaan amat kritikal, termasuk Lahanan, Berawan dan Tring, yang kini mempunyai sangat sedikit penutur.

“Walaupun akta pendidikan memperuntukkan bahasa peribumi boleh diajar sekiranya praktikal dan diminta oleh ibu bapa sekurang-kurangnya 15 murid, realitinya pelaksanaan di peringkat Persekutuan masih terhad dan tidak konsisten.

“Saya menggesa Kerajaan Sarawak supaya memperuntukkan dana bagi pengajaran mana-mana bahasa peribumi Sarawak di peringkat sekolah rendah.

“Lebih penting lagi, saya mengulangi cadangan agar diwujudkan Ordinan Bahasa Sarawak,” katanya.

Beliau berkata dalam usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Perundangan sedemikian jelasnya, menyediakan kerangka yang tersusun dan kekal untuk mengintegrasikan bahasa peribumi serta kandungan budaya ke dalam sistem pendidikan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU