ARTIKEL

BAS.MY Kuching mulakan perkhidmatan secara berfasa mulai 5 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: BAS.MY Kuching akan memulakan perkhidmatan secara berfasa mulai esok hingga April depan.

Jurucakap Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, laluan Q10 adalah laluan pertama yang pada 5 Mac.

Laluan itu katanya bermula dari Market Open Air ke Serian, melibatkan enam buah bas baharu yang mesra OKU.

“Jarak sehala laluan ini adalah sebanyak 67 kilometer (km) dan merangkumi 48 hentian bas. Perkhidmatan BAS.MY Kuching dilaksanakan di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) di bawah Kerajaan Persekutuan. Perkhidmatan.

“Perkhidmatan ini akan dilaksanakan secara berfasa hingga April nanti. Apabila perkhidmatan ini berjalan sepenuhnya, terdapat sejumlah 56 bas baharu yang akan memberi perkhidmatan di 10 laluan,” katanya.

Menurutnya, BAS.MY Kuching menggunakan sistem pembayaran terbuka apabila pengguna boleh membayar dengan kad debit, kad kredit, e-wallet dan juga wang tunai.

Warganegara Malaysia boleh melanggani Kad 30 Hari BAS.MY pada harga RM50 yang akan membolehkan pengguna menaiki perkhidmatan BAS.MY Kuching tanpa had untuk 30 hari.

Selain itu, warga OKU, warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah dan mahasiswa yang merupakan warganegara Malaysia juga boleh menikmati tambang percuma dengan memohon Kad Konsesi BAS.MY dengan pihak pengendali.

” LPKP Sarawak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) komited untuk memastikan perkhidmatan BAS.MY Kuching boleh menyumbang kepada pengangkutan awam yang lebih baik di kawasan Greater Kuching,” katanya.

BERITA LAIN

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

Sarawak sasar jana 15GW elektrik menjelang 2035

BANGKOK: Sarawak meletakkan dirinya sebagai kuasa tenaga bersih di rantau ASEAN Selatan dengan sasaran menjana sehingga 15 gigawatt (GW) elektrik menjelang 2035, seterusnya mengeksport lebihan

BERITA TERBARU

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

Peresa dulu isi gambar, grafik AI

KUCHING: Penguna aplikasyen pemintar digaga (AI) dipinta meresa dulu isi gambar tauka grafik ti dipansutka teknologi nya sebedau ngena tauka ngerembai isi nya ba media