ARTIKEL

Batal program demi kesihatan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Semua program dan aktiviti utama yang dirancang oleh Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Komuniti tahun ini dibatalkan.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, pembatalan ini dilakukan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Antara aktiviti utama yang dibatalkan ialah Hari Bukit Mas, Pesta Lumpur Bebuak, Tarik Kalat (tali) dan aktiviti di Sungai Jeti Santaba, Patiambun.

“MDL menyahut seruan kerajaan untuk membatal dan menangguhkan semua aktiviti di bawah MDL tahun ini,” katanya kelmarin.

Sufian berkata, keputusan itu dibuat demi keselamatan dan kesihatan masyarakat.

Jelasnya, pihaknya akan memberi fokus kepada aktiviti kesedaran masyarakat berkaitan penyakit seperti Covid-19, denggi dan rabies yang dirancang untuk diadakan di bawah Pembangunan Komuniti.

“Sebagai langkah pertama kita sudah membuat papan tanda berkaitan Covid-19 di kawasan bandar sebagai promosi kepada program kesedaran dan memberi maklumat kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Pada masa sama katanya, MDL akan bermesyuarat dengan operator pelancongan membabitkan penduduk kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan pelancongan yang ada.

Baca lain  Hospital Miri, Hospital Sibu diangkat sebagai hospital umum

“Secara dasarnya SOP ini adalah sama seperti yang ditetapkan pihak kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19,” ujarnya.

Tambahnya, pelancongan domestik amat penting sebagai keutamaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan pusat pelancongan ini bakal dibuka untuk kemasukan pengunjung tidak lama lagi selepas penetapan SOP.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU