ARTIKEL

Bayaran bantuan khas 18 Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta
RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Disember ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berkata bayaran khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

“Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lainnya untuk membantu ibu bapa di kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata, bantuan RM500 itu akan memberi manfaat kepada 1.5 juta penjawat awam kerajaan Persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.

Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan memberi manfaat kepada satu juta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka, katanya.

Bantuan Khas Kewangan tersebut diumumkan Lim dalam ucapan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lepas. – Bernama

BERITA LAIN

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

BERITA TERBARU

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu