ARTIKEL

Antara anggota yang tampil menghulurkan sumbangan dalam program anjuran BBP Bintangor.

BBP Bintangor Anjur Program Derma Darah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Semangat kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap masyarakat terus dizahirkan melalui program derma darah anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sarikei, hari ini.

Program tersebut diadakan di BBP Bintangor dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penderma yang hadir secara sukarela.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, penganjuran program ini bertujuan menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah sebagai satu bentuk bantuan kemanusiaan.

“Setiap titisan darah yang disumbangkan amat bernilai dan berpotensi menyelamatkan nyawa pesakit yang berada dalam keadaan kritikal,” katanya ketika dihubungi.

Mahmudin turut menegaskan bahawa penganjuran program secara berterusan mampu memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan anggota bomba.

Usaha seperti ini juga berupaya mengeratkan hubungan antara pasukan penyelamat dengan komuniti setempat menerusi pelibatan langsung dalam aktiviti kebajikan.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua penderma yang hadir serta pihak Hospital Sarikei atas kerjasama erat dalam memastikan kelancaran program tersebut.

“Saya juga berharap lebih ramai anggota masyarakat tampil menyertai program derma darah pada masa hadapan demi memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU