ARTIKEL

Tiong Sii menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Sarikei.

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk memulakan sesi persekolahan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, sumbangan itu usaha berterusan untuk membantu keluarga mengurangkan perbelanjaan persekolahan, khususnya dalam menyediakan keperluan asas anak mereka.

Antara sekolah yang menerima sumbangan itu ialah SMK St. Anthony, SK Methodist Anglo Chinese, SK St. Anne dan SMK Tinggi Sarikei, selain beberapa sekolah lain di kawasan berkenaan.

“Saya memperkenalkan inisiatif ini sejak 2019 dan diteruskan secara konsisten setiap tahun sebagai sebahagian daripada komitmen membantu golongan pelajar mendapatkan kemudahan pendidikan yang diperlukan.

“Bagi saya, setiap pelajar wajar diberikan peluang untuk mengikuti pendidikan dalam keadaan selesa tanpa dibebani kekurangan dari segi kelengkapan persekolahan,” katanya ketika menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan hari ini.

Beliau berharap sumbangan itu dapat menyuntik motivasi kepada penerima untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran serta berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

“Saya ingin menegaskan komitmen untuk terus memberi perhatian kepada pembangunan pendidikan agar setiap pelajar mendapat akses dan peluang pembelajaran yang sama rata tanpa mengira latar belakang kaum serta bangsa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas perhatian berterusan terhadap kebajikan rakyat dan usaha memperkukuh sektor pendidikan negeri.

BERITA LAIN

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri