ARTIKEL

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi. | Foto: Ramidi Subari

Bekalan elektrik 30 Megawatt dieksport ke Sabah bermula Disember 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan mula mengeksport bekalan elektrik berkapasiti 30 Megawatt ke Sabah bermula Disember 2025, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.

Menurutnya, eksport tenaga elektrik merentasi sempadan bagi merealisasikan matlamat Grid Kuasa Borneo (BPG) dan Grid Kuasa ASEAN (APG) terus dipergiatkan untuk meletakkan Sarawak sebagai bateri ASEAN.

“Dalam pada itu, Sarawak juga telah mengeksport lebih kurang 100 Megawatt tenaga ke Kalimantan Barat sejak 2016,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa pihak Kerajaan Brunei Darussalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama tenaga dengan Kerajaan Sarawak pada 3 September yang lalu.

“Kerajaan Brunei dan Kerajaan Sarajaan Sarawak sedang dalam proses rundingan untuk Perjanjian Pertukaran Tenaga (PEA) bagi sambungan bekalan elektrik,” katanya.

Mengulas mengenai eksport tenaga ke Singapura dan Semenanjung Malaysia, beliau memberitahu bahawa projek kini dalam peringkat sesi libat urus bersama-sama agensi-agensi kerajaan di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

“Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura telah mengeluarkan Kelulusan Bersyarat bagi projek penyambungan bekalan elektrik ke Singapura pada 17 Oktober yang lalu.

“Justeru, projek ini telah melepasi peringkat penilaian awal serta kajian kebolehlaksanaan dari aspek teknikal dan komersial,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU