ARTIKEL

Rahman Junaidi ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kempen Menanam Pokok Sarawak Energy Berhad (SEB) di SK Gersik, di sini, hari ini | Foto: Ramidi Subari

Bekalan elektrik dipastikan dalam keadaan baik sepanjang temasya SUKMA ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi akan memastikan bekalan elektrik berada dalam keadaan baik sepanjang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 di Sarawak berlangsung.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata Sarawak Energy, selaku penaja emas SUKMA, akan menyediakan bantuan teknikal dan peralatan generator di tempat (venue) yang telah ditetapkan.

“Sarawak Energy komited menyediakan tenaga kerja untuk memastikan peralatan dijaga dengan baik di kesemua sembilan venue di seluruh Sarawak.

“Untuk memastikan kelancaran bekalan elektrik, Sarawak Energy akan menempatkan 100 kakitangan teknikal di semua lokasi sukan, bersiap siaga 24 jam sehari.

“Ini bagi memastikan sebarang gangguan bekalan elektrik dapat dipulihkan segera, mengelakkan bekalan elektrik terputus sepanjang temasya SUKMA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kempen Menanam Pokok Sarawak Energy Berhad (SEB) di SK Gersik, di sini, hari ini.

Jelas ADUN Pantai Damai itu, antara lain yang telah diberi penekanan oleh pihak Sarawak Energy ialah memastikan talian dan kabel daripada sumber bekalan di setiap lokasi penganjuran SUKMA ini diselenggara dengan rapi.

“Maksudnya, sebelum sukan malahan sepanjang masa kita memastikan bahawa penyelenggaraan bekalan elektrik ini telah kita laksanakan.

“Contohnya seperti memeriksa pengimbasan pencawang ataupun melihat dari segi keupayaan kabel yang sedia ada,” tambahnya.

Untuk sukan dalaman katanya seperti gimnastik, tinju, dan pingpong, ia akan disokong dengan set-set generator.

SUKMA XXI 2024 akan melibatkan sembilan bahagian di Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU