ARTIKEL

Allahyarham Datin Fatimah Suhaimi - Kredit gambar: Mohd Zyad Jaafar

Bekas ADUN Banting meninggal dunia pada usia 84 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting Datin Fatimah Suhaimi, 84, meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi di sebuah hospital swasta akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan anak ketiga Allahyarham, Mohd Zyad Jaafar, 42, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Zyad berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak Rabu lepas selepas kesihatannya merosot. Beliau sebelum ini juga mengalami jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang.

“Jenazah kini berada di rumah keluarga di Kampung Medan, Telok Panglima Garang dan akan dibawa ke Masjid Jamiul Islamiah untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan sebelum Zuhur,” katanya.

Allahyarham meninggalkan empat anak, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan serta empat cucu.

Fatimah merupakan ADUN Banting di bawah Parlimen Kuala Langat selama tiga penggal sejak 1982 dan pernah diiktiraf sebagai Tokoh Wanita Selangor.

Allahyarham juga pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam UMNO termasuk Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU