ARTIKEL

AKTIVIS demokrasi dan bekas ahli parlimen Macau, Au Kam San. AFP

Bekas Ahli Parlimen Macau dipenjara 12 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MACAU: Sebuah mahkamah di wilayah Macau, China telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun enam bulan ke atas bekas Ahli Parlimen dan aktivis demokrasi Au Kam San pada Jumaat atas pertuduhan penggulingan dan kesalahan-kesalahan lain.

Au, 69, merupakan individu pertama yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara yang diperluaskan pada tahun 2023 di Macau, sebuah bekas tanah jajahan Portugis dan pusat kasino yang diserahkan kembali kepada China pada tahun 1999.

Beliau merupakan antara penganjur bersama perhimpunan peringatan tahunan bagi mangsa-mangsa Peristiwa Dataran Tiananmen 1989 di Beijing, sesuatu yang sebelum ini hanya ditoleransi di Macau dan jiran terdekatnya, Hong Kong.

Au, yang ditahan pada Julai 2025 dan perbicaraan tertutupnya tamat dalam tempoh tiga hari pada September lepas, didapati bersalah atas pertuduhan penggulingan terhadap kuasa politik negara serta beberapa kesalahan lain, menurut kenyataan mahkamah.

Au membantu organisasi musuh luar dalam pengumpulan, penyediaan dan penyebaran awam pelbagai imej dan maklumat yang secara jelas sasar dengan tuntutan politik bersifat menggulingkan pihak berkuasa politik negara, menurut kenyataan itu.

Beliau juga cuba menyebarkan kebencian dalam kalangan penduduk Macau terhadap China, dengan niat untuk menumbangkan dan merosakkan sistem asas negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan China, tambah kenyataan tersebut.

Kerajaan Macau menyambut baik keputusan berkenaan, sambil berikrar untuk mengetatkan pelaksanaan Undang-Undang Keselamatan Negara Macau, serta mencegah, menghentikan dan menghukum tindakan yang membahayakan keselamatan negara.

Dalam satu kenyataan lain, pihak berkuasa menambah bahawa mereka akan memastikan pelaksanaan prinsip ‘Satu Negara, Dua Sistem’ dengan ciri-ciri Macau berjalan dengan stabil dan kekal untuk jangka masa panjang.

Kesatuan Eropah mengecam penahanannya pada tahun lalu, dengan menyatakan ia hanya meningkatkan kebimbangan mengenai hakisan pluralisme politik di Macau.

Pertubuhan Justice Abroad dalam satu kenyataan pada Julai memaklumkan bahawa keluarga Au tidak dibenarkan bertemu atau bercakap dengannya sejak beliau ditahan.

Mahkamah pada Jumaat mengumumkan bahawa ia telah meluluskan lawatan penjara untuk keluarga Au. – AFP

BERITA LAIN

Suspek keempat skandal intipan Prabowo dikenal pasti

JAKARTA: Polis Indonesia telah menamakan pegawai kanan keempat sebagai suspek dalam dakwaan pengintipan talian telefon terhadap Presiden Prabowo Subianto, ketika pihak berkuasa terus menyiasat motif

Google berdepan saman cubaan bunuh diri remaja

SAN FRANCISCO: Ibu bapa kepada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah memfailkan saman terhadap Google. Mereka mendakwa anak perempuan mereka telah merancang percubaan membunuh

BERITA TERBARU

MINTRED perkukuh infrastruktur keusahawanan Limbang

LIMBANG: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelabuhan Sarawak (MINTRED) terus memperkukuh ekosistem keusahawanan di negeri ini menerusi pembangunan Anjung Usahawan Limbang di Penapak, yang menyediakan

Sarawak rekod lonjakan 64.2 peratus pelancong China

KUCHING: Kehadiran pelancong dari China ke Sarawak meningkat sebanyak 64.2 peratus bagi tempoh Januari hingga September 2026, sekali gus mendorong Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) terus