ARTIKEL

Bekas pegawai polis dijatuhi hukuman mati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu.

Ferdy Sambo, 50, juga didapati bersalah kerana menghalang keadilan dengan mengarahkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipadamkan, kata ketua panel hakim Wahyu Iman Santoso.

Beliau berkata bekas jeneral itu didapati bersalah dan mahkamah mendapati tindakannya telah mencemarkan imej pasukan polis.

Tindakan Ferdy telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat awam dan sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, kata Wahyu dalam penghakiman yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan hari ini.

Mahkamah Daerah Jakarta Selatan juga menolak hujah pembelaan bahawa pengawal peribadi Nofriansyah Yosua Hutabarat telah melakukan gangguan seksual terhadap isteri Ferdy, berikutan kekurangan bukti.

Mahkamah mendapati Ferdy telah mengarahkan pengawal peribadi yang lain untuk menembak dan membunuh Nofriansyah dan dia turut melepaskan tembakan ke arah mangsa dalam kejadian yang berlaku di kediaman rasminya di Jakarta Selatan.

Dia dipecat pada 25 Ogos 2022 manakala isterinya, Putri Candrawathi dan tiga lagi pembantu turut didakwa atas tuduhan terbabit dalam pembunuhan yang dirancang. – Bernama

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,