ARTIKEL

Datuk Henry Harry Jinep menjelaskan perancangan pembangunan taman pelancongan dan kebudayaan baharu di Bau.

Bekas tapak lombong emas di Bau bakal jadi taman pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Daerah ini bakal memiliki sebuah taman pelancongan dan kebudayaan baharu di bekas tapak perlombongan emas yang mempunyai nilai sejarah tinggi.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut Sarawak), Datuk Henry Harry Jinep berkata, cadangan pembangunan itu kini berada pada peringkat awal termasuk proses reka bentuk oleh pihak perunding.

Menurut beliau, permohonan peruntukan telah dikemukakan kepada Kerajaan Sarawak, termasuk dana awal sebanyak RM7.5 juta melalui Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) bagi kerja-kerja penaiktarafan asas.

“Kawasan itu sangat bersejarah bagi Bau kerana dahulu ia merupakan sumber takungan air utama seperti Bekajang, sebelum keseluruhan kawasan ditukarkan menjadi tapak perlombongan.

“Kita juga pernah mempunyai bangunan pejabat daerah lama yang bercirikan kolonial, tetapi kini semuanya sudah tiada. Jadi, kawasan ini sangat sentimental kepada kami. Sebab itu kami mahu melindunginya dan menukarkannya menjadi taman pelancongan dan kebudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Pesta Pelancongan dan Kebudayaan di Pejabat Daerah Bau, di sini hari ini.

Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan lebih banyak ruang riadah kepada masyarakat setempat termasuk aktiviti glamping memandangkan kemudahan sedia ada tidak lagi mencukupi.

“Pada masa ini, stadium kita dipenuhi orang ramai setiap petang untuk aktiviti berjalan kaki dan berjoging. Memandangkan kita tiada tempat lain, kita mahu mewujudkan taman ini untuk kegunaan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan dana, manakala perancangan lebih besar akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Dalam perkembangan berkaitan, Bau turut merancang untuk mempergiat sektor pelancongan menerusi penganjuran pelbagai acara termasuk Pesta Tasik Biru serta menarik penganjuran acara bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.

Selain itu, beberapa program turut dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat termasuk perarakan Gawai pada 23 Mei yang dijangka menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta, serta lawatan rasmi Premier Sarawak bagi merasmikan Pusat Budaya Bidayuh dan penyerahan surat hak milik tanah.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU