ARTIKEL

Belanjawan 2025 berteraskan konsep ‘Robin Hood’ – Chong Chieng Jen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat memberi manfaat kebajikan dan menghapuskan miskin tegar yang terdapat di negara ini.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, biarpun Belanjawan 2025 itu lebih kepada tujuan mengurangkan perbelanjaan, namun ia mempunyai ciri-ciri ‘Robin Hood’ iaitu mengenakan cukai kepada golongan kaya dan membantu golongan miskin.

“Selain bantuan tunai, lebih penting ialah kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang akan meningkatkan paras pendapatan golongan berpendapatan rendah dalam masyarakat kita.

“Walaupun majikan mungkin berdepan peningkatan komponen kos gaji dalam masa terdekat, dari perspektif makro, peningkatan gaji ini kemungkinan besar dibelanjakan di pasaran tempatan sebagai rangsangan ekonomi dan pasaran domestik kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhan, bajet ini menetapkan keutamaan yang betul dengan memperuntukkan jumlah tertinggi untuk pendidikan, diikuti penjagaan kesihatan dan keselamatan.

Justeru katanya, bagi memastikan bajet tersebut mencapai tujuannya, pelaksanaan yang adil, saksama dan cekap perlu dilakukan.

Mengulas lanjut, beliau turut berpendapat Bajet 2025 merupakan bajet pembaharuan fiskal.

“Ia mengekalkan trend pengurusan defisit bajet, daripada defisit 2023 sebanyak lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu RM91.392 bilion kepada defisit 2024 sebanyak 4.3 peratus bersamaan RM84.296 bilion dan defisit 2025 sebanyaj 3.8 peratus iaitu RM79.973 bilion.

“Ringkasnya, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan sambil meningkatkan cukai,” jelasnya.

Tegas Chong, langkah sedemikian adalah perlu memandangkan hutang negara dijangka mencecah RM1,500 bilion menjelang akhir 2024.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road