ARTIKEL

Beli tatu pusat untuk nampak tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Tatu pusat membolehkan pengguna mencipta perut kedua mereka, yang didakwa memberikan ilusi untuk kelihatan lebih tinggi.

Menurut The Mirror UK, pempengaruh dari Colombia, Laura Mejiar menjadi tular selepas mencuba trend itu sendiri dan videonya mendapat 4.8 juta tontonan.

“Ini adalah perkara paling pelik yang pernah saya lihat dalam hidup saya,” katanya sambil membuka kotak produk itu.

Pengguna TikTok yang mempunyai 1.8 juta pengikut itu berkongsi rakaman dirinya dengan meletakkan tatu itu lebih tinggi daripada pusat perut semula jadinya untuk tampak tinggi.

“Ini adalah pusat palsu dan merupakan trend baharu yang popular di Asia,” katanya menerusi video tersebut. Bagaimanapun, setelah melekatkan tatu pusat itu, Mejia tidak begitu teruja dengan hasilnya mlah berpendapat dia bukan kelihatan lebih tinggi sebaliknya rasa dirinya menjadi lebih lebar.

Trend itu juga dikritik kerana mempromosikan piawaian kecantikan Barat, yang sering mengagung-agungkan ketinggian sebagai daya tarikan.

Malah, tinjauan pendapat pada 2019 yang dijalankan oleh Ipsos mendapati 63 peratus peserta China menganggap julat ketinggian 165 hingga 175 cm adalah ideal dalam kalangan wanita.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU