ARTIKEL

Nanta bercakap dalam sidang media.

Belum ada maklumat terperinci, tarikh bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiada sebarang maklumat terperinci berkaitan garis masa pembentangan berkaitan penambahan kerusi DUN Sarawak kata Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Kita belum ada maklumat lagi,” ujarnya ketika ditanya sama ada tarikh PRN Sarawak akan menunggu penyelesaian proses penambahan kerusi DUN di peringkat Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB, di sini hari ini.

Mengulas lanjut sama ada proses berkenaan sempat diselesaikan dalam tempoh terdekat, beliau menjelaskan bahawa perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan sedang diusahakan.

“Ini memang dibincangkan dan sedang diusahakan, namun saya tidak dapat memberikan perincian buat masa ini,” katanya.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri Sarawak sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang bagi menambah 17 kerusi DUN, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 82 kepada 99.

Bagaimanapun, pelaksanaannya masih memerlukan kelulusan Parlimen serta proses berkaitan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dapat dikuatkuasakan.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU