ARTIKEL

Bengkel industri zaman akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAHERAH: Kementerian Pelancongan dan Barangan Purba Mesir mengumumkan pada Selasa penemuan beberapa bengkel industri yang dipercayai berasal dari Zaman Akhir (747- 332 SM) dan peringkat awal era Ptolemaic (332-30 SM) di Wilayah Beheira, utara Kaherah, lapor Xinhua.

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan bahawa misi arkeologi bersama Mesir-Itali menemui bengkel berkenaan bersama sebahagian daripada tanah perkuburan Rom yang menampilkan pelbagai corak pengebumian semasa penggalian di tapak Kom Al-Ahmar dan Kom Wassit di Beheira.

Ketua Sektor Barang Purba Mesir di kementerian itu, Mohamed Abdel-Badie berkata, bengkel industri itu terdiri daripada sebuah bangunan besar yang dibahagikan kepada sekurang-kurangnya enam bilik.

Menurutnya, dua daripada bilik berkenaan dikhaskan untuk pemprosesan ikan, di mana pasukan misi itu menemukan kira-kira 9,700 tulang ikan – bukti industri ikan masin yang meluas pada tempoh berkenaan.

Abdel-Badie menambah bahawa bilik-bilik lain berkemungkinan digunakan untuk menghasilkan alatan logam dan batu, serta azimat “faience”, berdasarkan penemuan beberapa patung batu kapur yang belum siap dan barangan lain dalam pelbagai peringkat pembuatan.

Penggalian itu turut menemukan “amphorae” (tempayan purba) yang diimport dan serpihan tembikar Greece, yang membolehkan aktiviti bengkel itu dikesan bermula pada abad ke-5 SM.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Barangan Purba Mesir, Mohamed Ismail Khaled berkata, penemuan itu dapat membantu memperdalam pemahaman tentang aktiviti manusia dan kehidupan harian di barat Delta Nil serta kawasan pedalaman di sekitar Alexandria.

Beliau menjelaskan bahawa penemuan ini merupakan tambahan saintifik yang penting kepada kajian corak penempatan, amalan pengebumian, dan aktiviti industri di Barat Delta Nil, selain memberikan pandangan baharu tentang rangkaian komunikasi serantau dari Zaman Akhir. — Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat